PSM serah memo kepada Perkeso

Press Clipping

JOHOR BAHRU - Parti Sosialis Malaysia (PSM) Cawangan Nusajaya menyerahkan memorandum kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) untuk meminta perubahan dilakukan demi kebajikan pekerja di negara ini.

Antara isu yang dibangkitkan dalam memorandum itu adalah berkaitan peruntukan dan perbelanjaan Perkeso untuk diberikan kepada pekerja bagi kemudahan pemulihan serta rawatan dialisis.

Selain itu, memorandum itu juga mengetengahkan isu berhubung permohonan insurans di kalangan pekerja, pengendalian skim-skim dalam Perkeso dan cadangan daripada PSM kepada organisasi berkenaan supaya memberikan lebih perlindungan kepada pekerja.

Pengerusi PSM Cawangan Nusajaya, V P Mohan berkata, memorandum yang disampaikan secara serentak di tujuh negeri termasuk Johor itu berikutan ketidakupayaan Perkeso melindungi pekerja.

Menurutnya, kedengaran pelbagai masalah yang dihadapi pekerja di serata tanah air setiap kali berlakunya bencana pekerjaan atau menghadapi keilatan sehingga tidak dapat dilindungi Perkeso khususnya di saat genting.

“Masalah ketidakupayaan Perkeso melindungi pekerja di negara ini banyak kali kedengaran sehingga menimbulkan banyak persoalan dan rasa tidak berpuas hati PSM terhadap perkhidmatan yang diberikan," katanya.

PERKESO

Sumbangan Kewangan

Dalam memberi sokongan kepada PSM, saudara/saudari memberi sokongan kepada usaha membina Malaysia yang lebih saksama melalui proses demokrasi. PSM tidak mempunyai apa-apa sokongan hebat dari korporat. PSM hanya ada sokongan dan komitmen rakyat biasa.

Nama Akaun: Parti Sosialis Malaysia
No. Akaun: 512080337313
Bank: Maybank
Cawangan Bank: Subang Perdana, Subang, Selangor, Malaysia
Swift Code: MBBEMYKL
Contact: sivarajan.a@gmail.com

Video