Kami nak bantu rakyat

Press Clipping

IPOH - Parti Sosialis Malaysia (PSM) akan terus melaksanakan tugas membantu rakyat menangani pelbagai permasalahan yang wujud.

Timbalan Pengerusi PSM Pusat, M Sarasvathy berkata, biarpun PSM mengalami kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu, parti berkenaan akan terus berkhidmat kepada rakyat.

Sarasvathy yang juga bekas calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelapang turut mengingatkan rakyat bahawa PSM akan sentiasa bersedia untuk bersama-sama rakyat dalam membantu menyelesaikan sebarang permasalahan yang dihadapi.

“Kami faham, rakyat pastinya memiliki pelbagai masalah yang ada kalanya tidak dapat diselesaikan.

“PSM akan cuba sedaya upaya bagi membantu mereka (rakyat) menyelesaikannya,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Salam Perjuangan Kali-2 di sini.

Hadir sama, Ahli parlimen PSM Sungai Siput Dr Jeyakumar dan Setiausaha Agung parti, S Arutchelvan

Difahamkan, lebih 500 rakyat di sini hadir pada majlis berkenaan.

Sementara itu, Arutchelvan berkata, berdasarkan sambutan yang agak memuaskan pada kali ini, membuktikan bahawa PSM semakin mendapat sokongan rakyat.

Katanya, ini mungkin disebabkan ahli-ahli PSM yang bergiat aktif dengan pelbagai aktiviti turun padang bagi membantu menyelesaikan masalah rakyat.

“Ini sekali gus membuktikan bahawa PSM layak untuk bertanding di DUN Jelapang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,” katanya.  

Sumbangan Kewangan

Dalam memberi sokongan kepada PSM, saudara/saudari memberi sokongan kepada usaha membina Malaysia yang lebih saksama melalui proses demokrasi. PSM tidak mempunyai apa-apa sokongan hebat dari korporat. PSM hanya ada sokongan dan komitmen rakyat biasa.

Nama Akaun: Parti Sosialis Malaysia
No. Akaun: 512080337313
Bank: Maybank
Cawangan Bank: Subang Perdana, Subang, Selangor, Malaysia
Swift Code: MBBEMYKL
Contact: sivarajan.a@gmail.com

Video