Salam Juang Dan Selamat Datang - Kongres PSM ke-12 - Sosialis Menjana Kuasa Rakyat

3 June 2010

Parti Sosialis Malaysia (PSM) akan mengadakan Kongres Parti ke 12, buat kali pertamanya di Kuala Lumpur iaitu di Dewan Perhimpunan Cina Selangor.

Delegasi parti dari 9 negeri akan hadir bersama dengan delegasi dari barisan fron dan Kumpulan masyarakat PSM.

Kongres Parti akan dirasmikan dengan Ucapan Dasar oleh Pengerusi Nasional PSM – Dr. Nasir Hashim yang akan menyentuh antaranya mengenai krisis sistem kapitalisma, bencana eko-sistem, krisis ekonomi, Polisi Datuk Seri Najib, Model Ekonomi Baru (NEM), Pilihanraya kecil, Revolusi Venezuela dan Pakatan Rakyat.

Selain itu Kongres kali ini akan membentang tiga kertas iaitu mengenai Krisis Cuaca Dunia, Transisi kepimpinan dalam Parti dan mengenai Najib 1Malaysia dan NEM. Selain itu 26 usul akan didebat di hari kedua antaranya menyentuh mengenai persoalan idelogi, Alam sekitar, Ahli Majlis dan Pilihanraya kerajaan Tempatan dan hubungan dengan PR.

Seramai 300 orang delegasi dan pemerhati dijangka menghadiri Kongres pada tahun ini.

S.Arutchelvan
Setiausaha Agung

 

Sumbangan Kewangan

Dalam memberi sokongan kepada PSM, saudara/saudari memberi sokongan kepada usaha membina Malaysia yang lebih saksama melalui proses demokrasi. PSM tidak mempunyai apa-apa sokongan hebat dari korporat. PSM hanya ada sokongan dan komitmen rakyat biasa.

Nama Akaun: Parti Sosialis Malaysia
No. Akaun: 512080337313
Bank: Maybank
Cawangan Bank: Subang Perdana, Subang, Selangor, Malaysia
Swift Code: MBBEMYKL
Contact: sivarajan.a@gmail.com

Video