Sertai PSM

Sertai PSM

Sertailah PSM, jika anda ingin

  • Kekayaan negara diagihkan secara adil
  • Menghapuskan amalan rasuah, salah guna kuasa, nepotisme & penyelewengan kuasa
  • Mendokong aspirasi kaum miskin dan tertindas
  • Bergiat aktif dalam perjuangan rakyat tanpa mengharapkan habuan atau faedah-faedah istimewa
  • Persamaan hak, pembangunan tulen dan demokrasi sejati
  • Menentang sebarang cubaan memecah-belahkan rakyat berlandaskan perkauman dan keagamaan

Berapa ahli dalam PSM?

PSM mengamalkan keahlian terkawal untuk memastikan parti itu akan sentiasa menjadi parti aktivis dan ahlinya semua aktif.  Setiap ahli baru harus melalui tahap percubaan dan kena menghadiri kursus ideologi. Buat masa ini, PSM mempunyai sokongan akarumbi melebihi 12,000 orang manakala ahli berdaftar seramai 500 orang.

Bagaimana saya boleh melibatkan diri dalam PSM dan perjuangan rakyat?

Senang sahaja. Hubungi kami melalui email, sms atau di kedai kopi. Kita bincang dan lihat bagaimana anda boleh berjuang untuk dunia yang lebih baik. Tidak ada birokrasi atau undang-undang ketat. Selepas itu, anda boleh berjuang bersama cawangan atau ahli-ahli PSM yang terlibat dalam pelbagai isu akar umbi. Jika ada berminat dalam sesuatu seni atau mempunyai minat tertentu, biar kita sama sama terokai dan lihat bagaimana kita boleh berjuang.

PSM bukan parti yang memberi hadiah kewangan kepada ahli-ahli yang bekerja, tetapi dalam perjuangan kami, anda dapat kepuasan hati yang tiada bertara daripada menyokong perjuangan rakyat menentang kapitalisme, sambil berjumpa dengan saudara-saudari dari seluruh dunia. 

"Di mana sahaja kita pergi akan mempunyai sahabat, kalau kita berada dalam perjuangan yang agung ini"
- Rashid Maidin

Mari Sertai PSM

Marilah menyertai satu parti yang berdisiplin, progresif dan dengan budaya demokrasi yang unik. Sebagai ahli PSM, anda boleh membantu membentuk arah parti ini dan menyelaras aktiviti dalaman PSM.

Sila isikan dan hantar borang keahilan PSM kepada wakil PSM terdekat atau ibu pejabat PSM.

Sumbangan Kewangan

Dalam memberi sokongan kepada PSM, saudara/saudari memberi sokongan kepada usaha membina Malaysia yang lebih saksama melalui proses demokrasi. PSM tidak mempunyai apa-apa sokongan hebat dari korporat. PSM hanya ada sokongan dan komitmen rakyat biasa.

Nama Akaun: Parti Sosialis Malaysia
No. Akaun: 512080337313
Bank: Maybank
Cawangan Bank: Subang Perdana, Subang, Selangor, Malaysia
Swift Code: MBBEMYKL
Contact: sivarajan.a@gmail.com

Video