Usul Dr. Kumar ditolak speaker kerana "sub judice"

5 November 2011

Usul Dr. Kumar mendesak peruntukan khas RM 400 juta dipotong ditolak Speaker kerana menurutnya ia akan campurtangan dalam urusan Mahkamah. Pada 2hb November 2011, Dr. Jeyakumar telah memfile satu usul dibawah Peraturan Mesyuarat 66(9) kepada Speaker Dewan rakyat -Tan Sri Pandikar Amin B Hj Mulia.

Usul ini adalah seperti dibawah

Saya ingin  mengusulkan penurunan peruntukan di bawah Butiran 030100, Kod 40000 berkaitan Penyelarasan Projek Khas, Unit Penyelerasan Perlaksanaan, Jabatan Perdana Menteri daripada RM 458,581,100 ke RM 58,581,100 kerana sebab-sebab seperti dihuraikan di bawah.

Peruntukan di bawah Kod 40000 berkaitan Peneyelarasan Projek Khas adalah diagihkan sebagai Peruntukan Khas ke kawasan-kawasan Parlimen. Tiap tahun antara RM 500,000 hingga ke RM 2.5 juta diberikan kepada tiap Kawasan Parlimen. Masalahnya adalah amalan ini membawa kesan yang negatif pada perkembangan demokrasi berparlimen di Malaysia.

Pertamanya, wujudnya tabung sebegini besar di bawah manopoli  seseorang Ahli Parlimen menjadikannya seorang “Santa Klaus” yang sukar ditegur kerana rakyat setempat takut Ahli Parlimen akan jadi marah dan tidak meluluskan permintaan daripada kawasan atau kumpulan mereka. Ini mengekalkan budaya Feudal di mana pengundi kita terpaksa memberi kehormatan yang keterlaluan pada ahli-ahli yang dipilih mereka yang harus sedia menerima ide, pandangan dan juga teguran rakyat.

Kesan negatif kedua adalah tabung besar ini menarik perhatian pengundi dan juga Ahli Parlimen daripada tugas utamanya ia-itu untuk menggubalkan undang-undang yang bernas untuk rakyat. Ahli Parlimen harus mengkaji masalah rakyat dan membentang masalah-masalah ini Dewan Rakyat untuk cari penyelesaian yang komprehensif. Kewujudan tabung ini membawa pada amalan memberi gula-gula pada rakyat yang mengemukakan masalah dan memperlambatkan usaha untuk mengendalikan sebab-sebab utama.

Kesan negatif ketiga adalah caranya tabung ini disampaikan pada Ahli Parlimen Barisan Nasional membuka ruang untuk penyelewengan. Adalah amalan biasa untuk peruntukan ini dipindahkan kepada akaun Ahli Parlimen  secara pukal (lump sum) mengikut permohonannya yang biasanya menyenaraikan beberapa projek dan aktiviti. Pemberian untuk tiap projek atau aktiviti adalah dikendalikan oelh YB atau pegawai beliau. Jumlah peruntukan yang disalurkan kepada Ahli Parlimen dan senarai pemberian untuk tiap projek atau aktiviti dirahsiakan. Ini membuka ruang luas untuk penyalahgunaan tabung ini.

Ketiga-tiga kesan negatif memudaratkan amalan demokrasi di Malaysia. Selain daripada itu jumlahnya – RM 458,000,000 – adalah suatu jumlah yang amat besar.

Inilah sebabnya saya mengusulkan seperti di diatas.

Jeyakumar Devaraj
Ahli Parlimen Sg Siput

MP Allocation

Program

Sumbangan Kewangan

Dalam memberi sokongan kepada PSM, saudara/saudari memberi sokongan kepada usaha membina Malaysia yang lebih saksama melalui proses demokrasi. PSM tidak mempunyai apa-apa sokongan hebat dari korporat. PSM hanya ada sokongan dan komitmen rakyat biasa.

Nama Akaun: Parti Sosialis Malaysia
No. Akaun: 512080337313
Bank: Maybank
Cawangan Bank: Subang Perdana, Subang, Selangor, Malaysia
Swift Code: MBBEMYKL
Contact: sivarajan.a@gmail.com

Video