Aduan kepada SUHAKAM & tayangan video keganasan Polis terhadap P. Ramesh (Setiausaha Kebangsaan HINDRAF Makkal Sakthi)

Rani (PSM), wakil SUHAKAM dan P. Ramesh

20 October 2011

1. Insiden berlaku semasa demo kg DBI di hadapan MB Office Perak pd 12/4/2011
2. Wakil penduduk sedang berunding untuk memberi memorandum.
3. Polis cuba menyuraikan penduduk walaupun rundingan belum selesai. DSP Glenn Sinappah mengarahkan penduduk bersurai atau ditahan.
4. Tiba-tiba, 14 orang ditahan termasuk Ramesh.
5. Tetapi, polis menggunakan kekerasan melampau terhadap Ramesh termasuk dipukul di kepala, ditendang, ditolak ke bawah, dikasari dan kaca mata beliau dipijak dengan sengaja
   oleh anggota polis.
6. Ramesh digari sebelum dimasuk ke dalam lori polis. Di balai, beliau muntah tiga hingga empat kali dan polis dipaksa memanggil ambulans. Beliau dihantar ke Hospital Besar Ipoh.
7. Ramesh dimasukkan di wad untuk dua hari untuk rawatan.
8. Beberapa aduan polis telah dibuat terhadap keganasan pihak polis tetapi tiada tindakan. 
9. Akhirnya, pada 3/5/2011, surat kepada Ketua Polis Negara untuk menyiasat dan mengambil tindakan terdapat polis yang ganas, melampau dan tidak profesional.
10. 26/9/2011, satu lagi surat dihantar untuk mendapat tarikh temujanji kepada IGP tetapi tiada sebarang maklum balas.
11. Hari ini (20/10/2011), memorandum telah diberi kepada Komisioner Suruhanjaya hak Asasi Manusia, En Sani untuk melakukan enkuiri terhadap insiden tersebut. Memorandum diberikan 
     oleh Parti Sosialis malaysia yang diketuai oleh Sdri Mohanarani, Timbalan Setiausaha Agung PSm Pusat bersama wakil penduduk DBI.
12. Turut hadir ialah wakil daripada Majlis Peguam, Suaram dan Ahli Parlimen Sg Siput, Dr Kumar.
13. Suhakam berjanji akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Karti
Parti Sosialis Malaysia (PSM)
019-4625924

 
Police & Custody

Program

Sumbangan Kewangan

Dalam memberi sokongan kepada PSM, saudara/saudari memberi sokongan kepada usaha membina Malaysia yang lebih saksama melalui proses demokrasi. PSM tidak mempunyai apa-apa sokongan hebat dari korporat. PSM hanya ada sokongan dan komitmen rakyat biasa.

Nama Akaun: Parti Sosialis Malaysia
No. Akaun: 512080337313
Bank: Maybank
Cawangan Bank: Subang Perdana, Subang, Selangor, Malaysia
Swift Code: MBBEMYKL
Contact: sivarajan.a@gmail.com

Video