Hari Natal dan seterusnya Tahun Baru akan tiba dalam masa yang terdekat ini. Kita dapat saksikan bagaimana rakyat mahrein sudah mula bangkit menentang rejim kuku besi yang semakin hari semakin bermaharajalela.
Marilah kita bersama-sama mengimbas kembali kenangan-kenangan pahit manis yang sama –sama kita rasai dan harungi sepanjang tahun 2011.
Penahanan PSM 30 dan juga EO 6 – 30 aktivis PSM telah ditahan dan direman selama 10 hari dan 6 lagi aktivis PSM telah ditahan di bawah Akta Darurat selama 28 hari. Namun, kuasa rakyat telah membebaskan mereka dan menunjukkan bahawa kuasa rakyat tidak setanding dengan mana-mana kuasa. Akhirnya kes terhadap PSM30 digugurkan. Dari Lawan Agung Ke Komunis Ke Pengerak Bersih dan Akhirnya Tak Ada Kes!
Bersih 2.0 – Walaupun pihak polis menggunakan pelbagi taktik untuk menghalang rakyat daripada menyertai perhimpunan Bersih, namun hasrat kerajaan memang gagal. Ini terbukti apabila lebih daripada 50 ribu rakyat turun ke jalan dan menyuarakan hak mereka. Walaupun lebih daripada 1 000 rakyat ditahan, ada yang dipukul dan dicederakan, namun ini tidak mematahkan semangat rakyat mahrein menunjukkan hak mereka. Satu tamparan hebat kepada pemerintahan BN.
Suara Mahasiswa bergemar di Malaysia – Pilihanraya Kampus yang telah berlangsung pada bulan Februari menunjukkan Pro – Mahasiswa mula mendapat pengaruh yang baik berbanding Pro – Aspirasi. Pada 31 Oktober 2011, Mahkamah Rayuan memutuskan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU 1971) yang melarang mahasiswa untuk menyerati politik bertentangan dengan Perlembangan Persekutuan. Satu keputusan yang cukup mengejutkan.
Baru-baru ini, insiden 5 minit penurunan sementara bendera Najib oleh mahasiswa mendapatkan perhatian yang luas daripada pihak pemerintahan. Sedangkan isu-isu yang lebih kronik seperti pembunuhan Altanthuya, Kes Teoh Beng Hock, kes video lucah dan sebagainya tidak diberi perhatian dan cuba ditutup oleh rejim pemerintahan yang sedia ada.
Apa yang penting adalah kuasa mahasiswa mula bangkit. Mahasiswa adalah golongan yang mampu membawa perubahan dan kita dapat saksinya perubahan tersebut secara nyata.
Pelbagai protes jalanan menentang corak pemerintahan - Protes-protes seperti menentang Pindaan Akta Kerja 1955, Bil Perhimpunan, Perjanjian Perdagangan Bebas atau lebih dikenai sebagai FTA, Kenaikkan Yuran Pendidikan dan banyak lagi protes telah dianjurkan.
Kebangkitan kuasa rakyat - Kebangkitan ini dengan demonstrasi besar-besaran rakyat memenuhi jalanraya berlangsung di Tunisia, Mesir, Algeria, Kuwiat, Jordan dan lain-lain negara.Kebangkitan kuasa rakyat sedang melanda menentang regim-regim diktator, rasuah, zalim dan tidak demokratik yang menindas majoriti rakyat dengan polisi-polisi mengekang kebebasan bersuara, hak asasi dan melakukan jenayah terhadap kemanusiaan.
Namun, kerajaan yang sedang memerintah tidak mahu meletakkan kepentingan rakyat tetapi meletakkan kepentingan kroni-kroninya. Ini terbukti apabila Dewan Negara meluluskan bil perhimpunan, Akta Kerja 1955 dan banyak lagi. Penindasan semakin hari semakin meluas. Kaya menjadi semakin kaya. Rasuah semakin berleluasa dan pelbagai lagi teknik kotor dimainkan oleh kaum pemerintah.
Rejim Najib dan BN kini diambang kejatuhannya. Perubahan yang diharapkan harus bermula daripada rakyat.
Selagi penindasan mengambil tempat, kita akan berjuang menegakkan keadilan.
Selamat Hari Natal dan Selamat Tahun Baru 2012 daripada Pemuda Sosialis PSM
M.Ravin
Pemuda Sosialis


