Adakah PSM bertanding dalam pilihanraya?
Mungkin soalan in ditanya kerana pernah parti buruh berideologi sosialis memulau pilihanraya di Malaysia kerana berpendapat pilihanraya adalah kotor. PSM bertanding dalam pilihanraya kerana ia adalah sistem demokrasi yang dipercayai oleh majority rakyat Malaysia. Kami akan bertanding untuk mempopularkan parti dan idelogi kami, bertanding untuk meneliti sejauh mana penerimaan rakyat terhadap kami dan mengutuk kepincangan yang berlaku semasa pilihanraya. Jika kami tidak bertanding, maka kami akan terasing dari arus perdana politik Negara. Namun kami juga percaya kepada kuasa rakyat untuk membawa perubahan dalam suasana sistem pilihanraya yang masih kotor dan tidak adil.
PSM mula bertanding dalam pilihanraya 1999 di bawah logo DAP dan 2004 dan 2008 di bawah logo PKR dan bebas kerana kami pada masa itu belum mendapat pendaftaran. Namun pada masa itu, PSM menggunakan manifesto sendiri, mengibar bendera merah logo genggaman tangan PSM dan menjadi parti ulung di mana calon mengistiharkan harta.
Kini, PSM sudah didaftar dan semua calon PSM pada masa depan akan bertanding menggunakan logo PSM.
Deklarasi harta wakil rakyat PSM sejak 2009
PSM satu-satu parti yang keluarkan deklarasi harta setiap tahun. Kenapa? Sebab kita hidup dalam satu sistem di mana banyak wakil rakyat sebenarnya tidak mewakili rakyat tetapi mendapat duit daripada sumber-sumber korporat. Di sini anda boleh tahu semua wakil rakyat PSM hidup sederhana dan tidak daripada golongan elit. Hanya politik yang transparen boleh mewujudkan sistem yang transparen.
- Deklarasi harta wakil rakyat PSM 2011
- Deklarasi harta wakil rakyat PSM 2010
- Deklarasi harta wakil rakyat PSM 2009
Berapa ahli PSM yang terpilih dalam pilihanraya?
Kini PSM mempunyai seorang Ahli Parlimen di Sungai Siput dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Kota Damansara, Selangor.
Kenapa PSM tidak dalam Pakatan Rakyat (PR)?
PSM mempunyai program minima (kerjasama) dengan PR dalam banyak isu seperti menentang ISA, berjuang untuk demokrasi yang lebih dan kempen-kempen seperti menentang GST dan kenaikan harga minyak. Di Parlimen dan DUN Selangor, PSM berdiri sebagai penyokong PR dan duduk dalam blok yang sama dengan PR.
Namun dari segi idelogi, PSM menentang sistem kapitalisme dan melihat sistem ini sebagai musuh utama yang membawa padah kepada kemanusiaan. Ini mungkin berbeza dengan pendirian DAP, PAS dan PKR. Namun PSM mempunyai jauh lebih persamaan dengan PR berbanding dengan BN dan dengan itu, akan sentiasa membuat gandingan bersama PR dalam pilihnaraya umum.



